MENGENAI USAHANITA

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan dan berdaftar.

Setakat ini 10,000 orang ahli berdaftar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di dalam bidang Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Informasi Teknologi, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Jualan Langsung, Pembekal serta Produk Makanan dan Kraft dari Caw. Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan serta 50 Daerah keseluruhan di bawah Cawangan Negeri.

USAHANITA telah menganjurkan pelbagai seminar perniagaan, sesi Perbincangan, Motivasi, Konvesyen, Expo serta Misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial.

Di peringkat antarabangsa, Usahanita juga berinteraksi dengan Persatuan IWAPI dari Indonesia, FICCI dari India. Lawatan sambil berniaga ke Negeri China, Korea, Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Arab Saudi dan banyak lagi.

USAHANITA juga berkolaborasi serta bergabung dengan persatuan-persatuan usahawan malaysia yang lain seperti Peniagawati, NAWEM, DUID, WAWASANITA dan DPMM, PERDASAMA, WIN, WENA, PERWANIS dan banyak lagi

Melalui Kementerian yg berkaitan dan sedia ada untuk mengawasi kemajuan ahli-ahli di dalam persatuannya disamping menyalurkan matlamat dan peluang-peluang yang ada.

USAHANITA juga diberi kepercayaan oleh Pihak KPDN & HEP, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Matrade, SMIDEC, Mara, SME Corp, Institusi-institusi dan lain-lain untuk bersama-sama menjayakan dan meningkatkan ekonomi negara.

USAHANITA juga tidak ketinggalan meningkatkan Usahawan Wanita dari Zero ke Hero serta dengan penglibat

ASPIRASI

Usahanita adalah tonggak perjuangan usahawan wanita yang dihormati, disegani serta diyakini semua. Berusaha membantu serta membimbing usahawan wanita ke arah usahawan yang berkualiti, bersaing maju, menyesuaikan diri dengan padarigma serta sebagai pemangkin kepada ekonomi negara.

OBJEKTIF

Pendedahan Dunia Perniagaan

Mengadakan aktiviti keusahawanan, latihan dan penerangan kepada ahli-ahli bagi mendedahkan mereka lebih meluas dalam dunia perniagaan.

Kerjasama dan Jalinan Maklumat

Mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan maklumat (information network) di kalangan usahawan bumiputra bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara.

Mengembangkan Perniagaan

Menyatupadukan tenaga usahawan wanita bumiputra bagi mengembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dalam sesuatu bidang yang kompetitif.

Bersatu Di Peringkat Nasional dan Antarabangsa

Bergabung dengan mana-mana pertubuhan lain yang mempunyai tujuan yang sama di peringkat negara ataupun antarabangsa.

Menjayakan dan Melaksanakan Dasar-Dasarnya

Menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasarnya.

Menasihat dan Membimbing Ahli

Menjadi badan penasihat dan bimbingan kepada ahli-ahli dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.

MISI

Melahirkan Pemimpin

Berusaha melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebh ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.

Menaiktaraf Kemahiran Ahli

Berusaha menaikkan taraf kemahiran ahli dan memperbanyakkan lagi program-program latihan, forum, seminar dan berbagai-bagai lagi.

Rangkaian Usahawan Wanita

Mewujudkan dan memperluaskan rangkaian usahawan-usahawan wanita serta menjadi pusat rujukan dan sokongan.

Pendedahan Sektor Strategik

Memberi pendedahan di dalam bidang ekonomi kepada usahawan-usahawan wanita terutamanya dalam sektor-sektor strategik.

Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Ahli

Meningkatkan bilangan ahli usahawan wanita terutama dari segi kualiti dan kuantiti serta menyatukan tenaga kepintaran yang sedia ada.