Tentang Kami
Dapatkan semua maklumat mengenai USAHANITA di sini.
Sejarah
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan.
Setakat ini 3,000 orang ahli berdaftar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di dalam bidang Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Informasi Teknologi, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Jualan Langsung, Pembekal serta Produk Makanan dan Kraft dari Negeri Johor, Pahang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta 40 Daerah di bawah cawangan negeri masing-masing…
USAHANITA telah menganjurkan seminar perniagaan, sessi perbincangan serta misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial.
Diperingkat antarabangsa, Usahanita juga berinteraksi dengan Persatuan IWAPI dari Indonesia, FICCI dari India. Lawatan sambil berniaga ke Negeri China, INdonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Saudi Arabia dan banyak lagi.
Dibawah payung Federal of Women Enterprenuer Association Malaysia (F.E.M) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Usahanita juga bergabung dengan persatuan-persatuan usahawan malaysia yang lain seperti Peniagawati, NAWEM, DUID, WAWASANITA dan DPMM. Melalui F.E.M kementerian mengawasi kemajuan ahli-ahli di dalam persatuannya disamping menyalurkan matlamat dan peluang-peluang yang ada.
USAHANITA juga diberi kepercayaan oleh Pihak KPDN & HEP, Kementerian Usahawan & Koperasi, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Matrade, SMIDEC, MARA, Institusi-institusi dan lain-lain untuk bersama-sama menjayakan dan meningkatkan eknomi negara.
Aspirasi
Usahanita adalah tonggak perjuangan usahawan wanita yang dihormati, disegani serta diyakini semua. Berusaha membantu serta membimbing usahawan wanita ke arah usahawan yang berkualiti, bersaing maju, menyesuaikan diri dengan padarigma serta sebagai pemangkin kepada ekonomi negara.

Learn Something Every Day
Quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat.
DATO HJH FARIDAH A.JABBAR
YANG DIPERTUA



Kata-kata Aluan
Quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat.
DATO HJH FARIDAH A.JABBAR
YANG DIPERTUA


Objektif & Misi
Objektif & Misi
Objektif Persatuan
1. Menyatupadukan tenaga usahawan wanita bumiputra bagi mengembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dalam sesuatu bidang yang kompetitif.
2. Mewujudkan hubngan kerjasama dan jalinan maklumat (information network) di kalangan usahwan bumiputra bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara.
3. Mengadakan aktiviti keusahawanan, latihan dan penerangan kepada ahli-ahli bagi mendedahkan mereka lebih meluas dalam dunia perniagaan.
4. Bergabung dengan mana-mana pertubuhan lain yang mempunyai tujuan yang sama di peringkat negara ataupun antarabangsa.
5. Menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasarnya.
6. Menjadi badan penasihat dan bimbingan kepada ahli-ahli dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.
Misi Persatuan
1. Berusaha melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebh ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.
2. Berusaha menaikkan taraf kemahiran ahli dan memperbanyakkan lagi program-program latihan, forum, seminar dan berbagai-bagai lagi.
3. Mewujudkan dan memperluaskan rangkaian usahawan-usahawan wanita serta menjadi pusat rujukan dan sokongan.
4. Memberi pendedahan di dalam bidang ekonomi kepada usahawan-usahawan wanita terutamanya dalam sektor-sektor strategik.
5. Meningkatkan bilangan ahli usahawan wanita terutama dari segi kualiti dan kuantiti serta menyatukan tenaga kepintaran yang sedia ada.