Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia

USAHANITA giat menganjurkan seminar perniagaan, sesi perbincangann serta misi perniagaan di dalam dan luar negara. Membuka ruang dan peluang untuk ahli USAHANITA meluaskan rangkaian jaringan perniagaan.

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra (USAHANITA) telah ditubuhkan pada  21 Ogos  1984. Persatuan ini merupakan salah satu persatuan yang berdaftar sebagai pertubuhan Perdagangan.

Ruang lingkung utama ahli USAHANITA adalah Usahawan Wanita, dan syarat utama menjadi ahli USAHANITA adalah mempunyai SSM yang aktif.

Setakat ini ahli yang berdaftar di seluruh negeri di Malaysia adalah di dalam bidang Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Informasi Teknologi, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Jualan Langsung, Pembekal serta Produk Makanan dan Kraft dari Negeri Johor, Pahang,Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor,Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka serta 182 Daerah di bawah cawangan negeri masing-masing.

USAHANITA telah menganjurkan seminar perniagaan, sesi perbincangan serta misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial.

USAHANITA membuka peluang kepada semua usahawan wanita bumiputra untuk memanfaatkan kesempatan bagi meluaskan jaringan merentasi negeri dan kebangsaan. Selain itu USAHANITA memberi peluang kepada semua usahawan wanita bumiputra untuk menjadikan diri mereka saling memberi manfaat dan berkongsi peluang dan ilmu bagi melahirkan kelompok Usahawan Wanita cemerlang gemilang dan terbilang.

CARTA ORGANISASI

Keusahawanan Tempatan, Antarabangsa & Expo

Menganjurkan & membuka peluang kepada ahli menyertai Karnival dalam dan luar negara.

Menganjur & membuka peluang kepada ahli menghadiri seminar berkaitan pengurusan perniagaan dan pemasaran

Menjalankan aktiviti perniagaan yang boleh menjana dana untuk USAHANITA

Generasi baru & Politik

Mengadakan jalinan kerjasama bersama agensi kerajaan & swasta untuk menfaat ahli USAHANITA.

 

Mengadakan jalinan kerjasama bersama Institusi pendidikan swasta & kerajaan bagi memberi pendedahan dan pendekatan tentang dunia keusahawanan dan pengenalan Persatuan USAHANITA kepada pelajar & masyarakat umum.

Agama & Kebajikan

Menganjurkan dan menyertai aktiviti keagama & kebajikan.

 

Mengwar-warkan informasi berkenaan bantuan dari pihak kerjaan atau swasta

 

Mengwar-warkan informasi berkenaan bantuan dari pihak kerjaan atau swasta.

Sosial kemasyarakatan & Rekreasi

Menganjurkan aktiviti sosial kemasyarakatan yang memenuhi tanggungjawab social (CSR)

 

Menganjurkan aktiviti sukan & rekreasi bagi mengeratkan silaturrahim dan meluaskan jaringan hubungan sesama ahli.

Sertai Usahanita Hari Ini

Daftar Keahlian Anda Bersama Kami

Manfaat & Kelebihan

Sertai Usahanita

Pelbagai manfaat, kelebihan serta kemudahan yang bakal dinikmati oleh seluruh ahli persatuan.

Membina Jaringan

Membina jaringan sesama usahawan wanita.

Peluang Perniagaan

Membuka peluang perniagaan kepada usahawan wanita.

Memperolehi Ilmu Baru

Berkongsi idea dan ilmu sesama usahawan wanita.

Informasi Dan Pengumuman Terkini