|
BERBUKA PUASA BERSAMA 60 ORANG ANAK YATIM DAN 40 ORANG WARGAEMAS IBU TUNGGAL |
|
Biro Agama & Kebajikan Usahanita Malaysia akan menganjurkan berbuka puasa bersama 60 orang anak yatim dan 40 orang wargaemas ibu tunggal di Concorde Hotel,Shah Alam, Selangor pada 25hb. Ogos, 2010 dari jam 6.00 petang. Disamping berbuka puasa penyampaian sumbangan wang tunai dan sumbangan barangan kepada 60 orang anak yatim dan 40 orang wargaemas. Kepada sesiapa yang hendak menyalurkan berbagai sumbangan harap hubungi Biro Agama & kebajikan - Puan Zaleha Ishak 019-2775585 dan Puan Faridah Zainol 012-2197884.
|
|
|
Assalamulaikum serta ucapan tahniah kepada Negeri negeri yang telah melaksanakan Mesyuarat Agung bagi negeri negeri dan daerah daerah 2010 masing masing. Alhamdullah semua perjalanan mesyuarat agung berjalan dengan begitu lancar,tertib dan sihat. Tahniah kepada Pengerusi Negeri Pahang-Puan Rosliza Ariffin yang mengkekalkan jawatan, Puan Rohana Rohati sebagai Pengerusi Negeri Terengganu, Puan Norizah Mohd Nor sebagai Pengerusi Negeri Melaka yang baru, Ybhg Datin Rubi Hashim sebagai Pengerusi Negeri Perak yang baru, Cik Hajjah Gharizah masih mengkekalkan jawatan sebagai Pengerusi Negeri Sembilan dan begitu juga Puan Hajjah Raidzah Rohana bt Tahir sebagai Pengerusi Negeri Wilayah Persekutuan, Ybhg Datin Fathiyah Hj Jailani sebagai Pengerusi Negeri Selangor dan Ybhg Dato Rokiah Hj Omar sebagai Pengerusi Negeri Johor. Dengan perlantikkan semua Pengerusi bagi sessi 2010-2012 ini akan lebih memantapkan lagi dan pasti akan menjalankan amanah dan tanggongjawab oleh ahli ahli setiap negeri untuk mempastikan yang tebaik untuk mereka serta akan memberi sokongan dan penyertaan setiap kali aktiviti dan program yang akan diadakan dan akan memberikan yang terbaik kepada Persatuan Usahanita Malaysia.
MESYUARAT AGUNG USAHANITA MALAYSIA AKAN DIADAKAN PADA 10 JULAI 2010 DI SERI PACIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR,JAM 8.30 PAGI YANG AKAN DISERTAI OLEH PERWAKILAN DAN PEMERHATI DARI NEGERI NEGERI YANG TERLIBAT DAN MAJLIS MAKAN MALAM ASPIRASI & TRANSFORMASI WANITA PADA 09 JULAI 2010 DI SERI PACIIFIC BALLROOM, SERI PACIFIC HOTEL,KUALA LUMPUR JAM 8.00 MALAM. SESIAPA YG BERMINAT UNTUK MENYERTAI MAJLIS MAKAN MALAM, DAN KEPADA PENDERMA YANG BUDIMAN YANG SUDI MENYERTAI DAN MENYUMBANG KEPADA MAJLIS INI HARAP HUBUNGI CIK JUNAIMASLINDA OTHMAN SELAKU PENGERUSI MAJLIS AGM - 016-2220151
PUAN HAJJAH FARIDAH BT HAJI A.JABBAR
PRESIDEN
PERSATUAN USAHAWAN WANITA BUMIPUTRA MALAYSIA (USAHANITA)
|
|
|